Rara Zikry

Hari ini 2 December 2011 buka2 facebook nampak satu post dari satu blog
kesah pasal Rara Zikry. Aku mula2 baca pon aku 
tertanya2. Siapa pulak Rara Zikry????
So aku pon search la kat FB. Rupa-rupanya Rara Zikry atau nama sebenar Allahyarham
Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri
baru saja meninggal dunia pada 1 December 2011 pada jam 10.00malam di Sunway Medical Centre.


Kisah Rara Zikry dah lama dah keluar dekat TV tetapi
KENAPA AKU BARU TAHU ??
RUMAH TAK ADA TV KE???
ADA JE TV TAPI TAK TGK TV..

Bila baca tentang arwah Rara Zikry agak sebak juga. 
Pada 13 Mac 2010 arwah dan beberapa rakan keluar melakukan 
senaman berjalan kaki di sebuah kawasan berhampiran 
Mahkamah Shah Alam dan dia diserang penyakit asma ketika itu.

Rakan-rakan yang bersama dengannya secara pantas menghantarnya ke sebuah hospital 
namun ketika tiba di pusat perubatan tersebut, mereka dimaklumkan oleh doktor
bahawa Rara sudah pun koma.
Apabila Allahyarham tersedar dari koma, dia sudah tidak mampu bergerak dan bercakap.

Kalau korang nak tau kisah lanjut baca kat SINI
 Aku sempat juga tengok Page yg family arwah buat bagi kumpul
sedikit dana bagi meringankan beban kewangan rawatan arwah.
Malang aku baru buka hari ini selepas arwah dah meninggal dunia. 
Aku hanya mampu sedekah Al-Fatihah buat arwah.


Takziah buat family dan rakan-rakan arwah Zarith Nadhira Mohamad Zikri.
Tak dapat bayangkan betapa sedih kalau kita hilang org yg kita 
sayang. Namun ajal maut di tangan tuhan.
Selagi org yg kita sayang masih bernyawa dan sihat
hargai mereka okay.
~SEKIAN~




Terima Kasih Baca Entry Aku, Like kalau Suka :p

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...