Rindu zaman sekolah rendah

Di pagi yang indah ini aku nak share dgn korang zaman-zaman
persekolahan aku. Aku nak story time aku sekolah rendah.
Pada tahun 1999 aku baru darjah satu, aku bersekolah di
Sekolah Rendah Kebangsaan Dato' Shah Bandar Abu Bakar, Labu Hilir.

Lencana Sekolah Rendah Aku

Masa itu aku 1 Kuning, kelas satu kuning kelas no.2.
Masa daftar sekolah kita org kene ambek exam utk tentukan kls.
Dulu 1 Biru kira kelas pertama, kelas 1 Biru majoriti semua budak-budak
dari tadika Kemas. Aku exam time tu okay tp tak dpt masuk 1 Biru sebab aku tak
pernah pergi sekolah tadika..HAHA 
(sbnrnya aku pergi sekolah tadika 2/3 bln tak ingat sgt,
sbb aku malas gi tadika)

Sebab aku malas gi tadika??? Sebab aku dah pndai mbaca dan menulis masa umur 6thn tu.
Dekat rumah mak aku paksa belajar. Siap bawak rotan, muak aku
kene rotan. Kene rotan dgn penyangkut baju (sakit siot)
Lepas setahun budak2 sebaya aku gi tadika, manakala aku
di rumah main basikal. HAHAHA
Aku naik darjah satu, masa itu guru kelas aku Cikgu Su kita org panggil
Cikgu Su cikgu paling baik aku rasa, aku selalu tidur dalam kelas.
Sebab boring gila kelas BM (Bahasa Melayu)
Hari-hari belajar A,B,C..Yela hari-hari homework cikgu curi buat buat alphabet A-Z
satu muka surat satu huruf, guna buku yang kotak besar.
Lagi besar dr buku matematik tu.
Aku kan dh pndai menulis semua itu, so aku boring aku tidur dalam kelas.
Pernah sekali Cikgu Su , tulis surat dalam buku latihan aku suruh
aku bagi mak dgn ayah tengok.
(DIA TULIS YG AKU TAK BUAT KERJA RUMAH DAN TIDUR DLM KELAS) 


Tapi sbb aku "BAIK" aku koyakkan page yg cikgu Su tulis surat itu
supaya mak aku tak tahu. Korang mesti pernahkan , mak check beg tiap2 malam.
Macam siot je, kalau tak siap keje rumah tak boleh tidur.
Pernah sekali aku nangis2 buat kerja rumah. Aku suka main basikal dr balik
sekolah sampai maghrib. Entah apa yg best aku pon tak tahu.
Tapi masa kecil2 dpt main luar tu dh cukup happy la. Macam nk melompat2 pun ada.
HAHAHAHA


RINDU GILER ZAMAN SEKOLAH, RINDU KWN2 JUGAK :)
Mesti yg sekolah rendah dalam tahun 80/90 an alami benda ini kn??

#kat skola ade salesman jual buku cerita. arini bg list,balik mintak mak/ayah duit
salesman susu pon camtu gak. Nutrigen la selalu dtg. Pastu lori milo dtg bg milo free. siap bg botol nk isi milo
ada yg beratur 2/3 kali.
# kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
# RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....
#pakai... pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
# main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!beli pemadam byk2 semata2 nk lawan pemadam.
#pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
#cikgu pakai pembaris kuning pjg.
#bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.
#time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
#takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
#balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
#Siri kartun;DRAGON BALL, power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.
#excited bila kelas muzik dpt main rekoder..Alat muzik pertama yg pernah dimainkan :D


Pernah main ini tak? ada je duit abis main benda alah ini
List semua ni aku pernah lalu aku tergerak nak post kat blog apabila ada org post list ni
dekat facebook. Mesti tersenyum2 bila baca tp semua ni memori indah yg mungkin kita org yg tertentu saja alami. Budak-budak sekaran leka dgn dunia siber. Sibuk dgn Facebook dll.
Cuma kami yg bertuah sahaja lalui semua ni.
Anda dpt ku undurkan masa :)



Terima Kasih Baca Entry Aku, Like kalau Suka :p

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket