Kenapa Orang Islam Tak Patut Sambut Halloween


Tak lama lagi Halloween kan?? Banyak filem2 kat astro mcm channel HBO dah mula tayangkan filem2 yang berkaitan dengan Halloween. Banyak orang yang dah tahu kita sebagai orang islam haram sambut perayaan agama lain kan?? Itu yang aku tahu la, kalau nak kepastian tanya la ustaz/ustazah korang ye.
Apa itu halloween?? dan dari mana asal usul halloween.
Jom sama2 kita baca fakta mengenai halloween.

Halloween adalah tradisi perayaan malam 31 Oktober di negara-negara yang berbahasa Inggeris, dilakukan dengan berpakaian aneh dan berjalan dari pintu ke pintu rumah dan meminta gula-gula atau coklat dengan berkata "Trick or treat!". Ucapan "Trick or treat!" merupakan semacam "ugutan" yang membawa maksud "Beri kami (gula-gula) atau kami buat kacau." Kanak-kanak zaman sekarang biasanya tidak lagi membuat kacau di rumah orang yang tidak memberi apa-apa. Sebahagian kanak-kanak masih membuat kacau di rumah orang yang dianggap kedekut dengan cara "menghiasi" pohon yang ada di depan rumah dengan kertas tisu atau menulis di tingkap dengan sabun.

Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat. Halloween disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah dengan simbol-simbol Halloween tersebut.

Halloween berasal dari perkataan Hallowe'en yang merupakan kependekan dari All Hallow's Eve (malam sebelum hari All Hallow)[1]. Hari raya agama Katolik bernama Hari Para Orang Kudus (All Saints Holy Day) yang dirayakan 1 November pernah dikenal sebagai All Hallows' Day yang merupakan penyingkatan dari All Hallowed Souls. Dalam bahasa Inggeris, perkataan Hallowed (holy) bererti Orang Kudus.
Hari Para Orang Kudus ditentukan oleh para mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar dengan alasan ingin orang gasar mempercayai agama Kristian. Hari Para Mendiang (Day of the Dead) yang merayakan kedatangan roh sanak-saudara dan kerabat kembali ke bumi sehingga kini masih disambut di beberapa negara seperti di Brazil, Mexico, dan Filipina.

Halloween berasal dari orang Celt di Ireland, Britain dan Perancis sebagai tradisi paganisme perayaan musim tuai. Pada abad ke-19, orang Ireland dan Scotland membawanya ke Amerika Utara.

Seperti kebiasaan perayaan halloween ada simbol2 tersendiri, kalau
hari raya kita tahu la ketupat yang orang buat hiasan.
Kalau halloween simbolnya sering dikaitkan dengan musim luruh

dan watak-watak terkenal dan menyeramkan dari filem Amerika dan ahli pereka grafik. Simbol Halloween biasanya dikaitkan dengan kematian, keajaiban, dan raksasa dari dunia mitos. Watak yang sering dikaitkan dengan Halloween misalnya ialah watak syaitan dan iblis dalam kebudayaan Barat, manusia labu, makhluk asing, ahli sihir, kelawar, burung hantu, burung gagak, burung bangkai, rumah hantu, kucing hitam, labah-labah, goblin, zombi, mumia, tengkorak, dan serigala jadian. Di Amerika Syarikat, simbol Halloween biasanya turut dikaitkan dengan tokoh dalam filem klasik dari Drakula hinggalah Frankenstein.


Hitam dan oren dianggap sebagai warna tradisional Halloween, walaupun sekarang banyak juga barang-barang Halloween yang berwarna ungu, hijau dan merah.

Labu yang merupakan hasil tuaian musim gugur di hemisfera beriklim sejuk sering dijadikan simbol Halloween, begitu pula orang-orang sawah sebagai penjaga hasil tuai. Simbol Halloween yang difahamkan secara sejagat adalah labu yang diukir membentuk wajah "menyeramkan" yang diberi nama Jack-o'-lantern. Untuk kelihatan lebih seram, pelita Jack-o'-lantern biasanya diletakkan di tempat gelap, kerana di dalam labu diletakkan lilin yang menyala atau lampu.

Di Amerika Syarikat, pelita Jack-o'-lantern sering diletakkan di depan pintu masuk rumah apabila hari mula gelap. Tradisi membuat pelita Jack-o'-lantern berasal dari Amerika Utara yang banyak menghasilkan labu berukuran besar yang mudah diukir.

Makanan yang disajikan semasa halloween ialah:
Candy Apple atau caramel apple (epal yang dicelup ke dalam cairan gula),
hidangan lain sebagai tradisi Halloween ialah pai labu, sari buah epal (minuman cider), gula-gula jagung, tofi bonfire, Tofi epal, dan gula-gula yang dibungkus dengan warna Halloween (oren, coklat, atau hitam).

Para peniaga di Amerika Syarikat menjelaskan bahwa perayaan halloween
berada di tangga kedua selepas Krimas yang merupakan perayaan yang menguntungkan.
Jika kita buat kesimpulan secara logik, perlu ke kita nak sambut halloween????????????????
Ada kena mengena ke perayaan ni dengan adat dan tradisi kita sebagai orang Islam??
Tujuan penulisan ni untuk peringatan kepada kawan2 dan juga diri aku sendiri.
So, kepada artis Malaysia yang dulu kena tangkap dalam kelab malam pakai kustom halloween 2
sedar2 la sikit. Malu la orang putih tak ada pon sibuk nak sambut Hari Raya Aidilfitri, kenapa
kita kena sambut perayaan dorang ni???
~SEKIAN~














Terima Kasih Baca Entry Aku, Like kalau Suka :p

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket