New Year

Photobucket
  
Selamat tahun baru kawan-kawan, dah lama tak update blog ni.
Banyak sawang rasanya.
Malam tahun baru aku tak sambut dgn org yg tersayang..hehehe
sebab tadi dia kata dia kerja, so aku hantar dia pergi kerja. Tapi
sampai-sampai sana dia tunggu 1 jam tapi nama dia tak
ada tulis kat security. Maka dia tak dpt masuk kerja. Aku ingat nak ambil dia dekat
rumah dia, nak ajak dia mkn mlm mlm tahun baru tapi aku mls la pulak.
hahahaha

 Tahun baru mesti ada azam kan??
kalau boleh aku nak study baik-baik. Lagi okay dr semester lepas.
Yang penting semua usahakan?? kalau tak usaha macam mana kan??
 Mulai tahun ini aku akan cuba buat yg terbaik, insyaallah :)
Apa yg aku perlu buat cuma :

1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar (jangan main-main lagi)
2. Lakukanlah dengan minat (terutama subjek akaun)
3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek (asalkan apa yang aku belajar aku faham)
4. Dapatkan tidur yang cukup (sebab kene bangun awal)
5. Minum air kosong banyak-banyak (kalau kurang air badan mudah letih)
6. Ingat emak ayah dan si dia yg banyak menyokong selama ini :)

Korang doakan aku berjaya okay :)
Terima Kasih, Selamat Tahun Baru kawan-kawan.




Terima Kasih Baca Entry Aku, Like kalau Suka :p

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...