Kuih Tradisional



Hari ini aku berkesempatan tengok nenek kesayangan aku buat kuih tradisional. Selama ini aku tahu makan je, HEHE. Aku pun tak tahu nama kuih ini sangat. Kata nenek aku kuih ini kuih ros, mungkin sebab bentuk kuih itu macam kuih ros kot. Nama lain untuk kuih tu kuih Goyang (hahahaha) pelik la nama kuih ni. Rasa boleh tahan jugak. 

Dekat sebelah kiri ni korang boleh tengok rupa kuih ni, besi yang dekat sebelah kuih itu adalah alat untuk buat kuih ros ni. Bahan-bahan nak buat kuih ni aku tak tahu apa. Yang aku nampak tepung yang cair pastu campur dengan santan. Bau kuih ni agak wangi macam bau bunga pun ada, rasa manis tapi tak la manis sangat. 

Mak aku kata tiap-tiap tahun nenek aku akan buat kuih ni, kira kuih wajib la tiap kali hari raya. Cara nak buat agak susah kalau tak mahir. Sebab kena goreng dengan minyak panas. Aku tak sempat nak tolong, sempat tengok kejap je. Sebab kalau bagi dekat aku memang tak rupa kuih la nanti.  HUHU.. Semoga nenek aku sihat selalu supaya dapat buat lagi banyak kuih tradisional tiap kali hari raya. SEKIAN


Terima Kasih Baca Entry Aku, Like kalau Suka :p

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...