PORNOGRAFI

Aku pilih tajuk ini sebab aku sudah bosan dengan isu pornografi masyarakat di Malaysia. Masalah ini bukan sahaja di negara kita tetapi di negara-negara lain juga turut berlaku. Aku hendak selit sedikit kata-kata pensyarah aku mengenai isu pornografi ini " orang melayu ini tak habis-habis isu seks! orang melayu ini kuat seks ke apa??" HAHAHAHA. Dengan wujud banyak laman sesawang yang membenarkan kita mengakses bahan-bahan pornografi menyebabkan makin banyak gejala sosial. Zaman moden ini bukan hanya lelaki sahaja gemar menonton video lucah tapi golongan hawa juga tidak ketinggalan mengakses video sedemikian. Tidak perlu menunding jari kepada kaum lelaki sahaja, wanita ero globalisasi ini juga sangat aktif mencari bahan-bahan sedemikian. Kalau dahulu orang barat sahaja memaparkan aksi ranjang tapi sekarang orang asia lagi hebat dari orang barat. Kalau babak cium mulut dalam filem barat memang kita tidak heran tengok sebab dekat Malaysia dalam LRT pun boleh kita tengok secara langsung (LIVE). Kalau dekat tempat orang ramai sudah berani cium mulut apa lagi kalau tempat sunyi?? JENG,JENG,JENG... Kalau bukan islam aku tak kisah hendak cium ke apa ke. Ini orang melayu, mana hilang adab orang melayu?? Kalau hendak buat benda terlarang kau buat belakang-belakang sudah. Itu masalah kau dengan tuhan, sebab sekurang-kurangnya kau ada lagi rasa malu dekat orang sekeliling. Satu lagi masalah yang kita sendiri tak sedar, filem seram indonesia. Kalau kita tengok filem seram dari negara seberang ini makin hari makin banyak babak terlampau mereka paparkan. Cerita tak ada lah gempak mana tapi heboh hendak iklan dekat negara kita. Dengan bermodalkan bintang video lucah dari negara lain , filem mereka jadi bahan bualan. Korang tak payah lagi tengok CSI,Miami untuk tengok wanita pakai bikini. Tengok sahaja filem seram mereka anda boleh tengok pelakon mereka separuh bogel. Paling tak cukup modal pun mereka akan tonjolkan artis mereka dengan pakaian yang sangat menjolok mata anda. Kesimpulannya, fikir-fikirkan lah adakah wajar aksi pornogrfi dalam filem seram???
Terima Kasih Baca Entry Aku, Like kalau Suka :p

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket