Dulu baby sekarang???

Mungkin agak janggal kepada sesiapa yang mendengar aku berkata mengenai cinta. Aku memang susah untuk bercakap soal hati dan perasaan. Akan tetapi aku juga adakalanya turut terjerumus dalam soal hati dan perasaan. Kadang-kadang aku masih tidak faham apa yang dimaksudkan cinta. Memang sukar untuk sesiapa memahami apa kehendak dan apa yang aku tidak inginkan. Jika seseorang itu mampu untuk memahami aku sudah tentu dia boleh mendampingi aku, setahun lebih aku beri masa untuk dia memahami dan cuba untuk membiasakan diri dengan cara aku. Bagi aku memang sukar untuk membiasakan diri dengan cara individu lain. Tapi bukankah kita perlu mengetahui personaliti pasangan kita?? kalau tak boleh faham baik jangan "couple". Masalah ketidak serasian antara pasangan sering kali menjadi alasan kepada mana-mana pasangan sekiranya mereka gagal dalam perhubungan. Secara logik tidak mustahil untuk kita memahami cara seseorang semuanya terletak pada niat kita sahaja bak kata pepatah "hendak seribu daya tak hendak seribu dalih". Kalau kita bersungguh dalam perhubungan tidak mustahil keserasian itu akan datang dengan sendiri. Sekira kita mula merasakan hubungan kita tidak boleh diteruskan kita wajar berbincang dengan baik supaya tidak berlaku sebarang pertelingkahan. Tidak perlulah kita main kayu tiga ataupun dengan cara baru, menghina di rangkaian sosial seperti facebook dengan memaki hamun. (dulu masa sayang panggil baby , bila dah putus panggil babi la pulak)..HAHAHAHAHA

*!@#$%^&*
Terima Kasih Baca Entry Aku, Like kalau Suka :p

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket