Kalau di luar negara mereka sangat bangga menggunakan produk keluaran negara mereka, akan tetapi kenapa tidak di negara kita Malaysia ini?? Itu adalah topik yang bakal saya huraikan sedikit di sini. Saya mengambil contoh yang sangat dekat dengan kita iaitu telefon bimbit. Purata hampir semua peringkat umur masa kini menggunakan telefon bimbit. Produk keluaran luar negara semakin hari semakin banyak. Rakyat di luar negara memilih menggunakan produk negara mereka kerana mereka menyokong produk negara mereka. Kenapa kita tidak berbuat demi kian?? Saya sendiri menggunakan produk luar negara tetapi saya tidak memandang rendah kepada mereka yang menggunakan produk kita kerana bagi saya semua orang ada citarasa sendiri. Dalam satu kejadian yang pernah saya lalui rakan saya sanggup menghina rakan dia gara-gara menggunakan produk negara kita. Bukankah bodoh tindakan dia?? Kenapa hendak berbangga mengguna telefon bimbit keluaran negara lain sedangkan negara luar hanya sedikit sahaja menyokong produk kita. Jika kita lihat barang negara kita juga tidak kurang hebatnya kerana sudah semakin bermutu dari segi pembuatan, jika kita tidak mahu membeli usah kita merendahkan individu lain. Bukan semua orang berkemampuan seperti anda. Jangan bongkak, baru beli blackberry secondhand sudah tayang pada semua orang. Sudah-sudah la telefon bimbit bukan untuk kita tunjuk-tunjuk. Ia berfungsi sebagai alat komunikasi jangan salah guna nanti anda jadi orang yang riak. Sekian.
0 comments:
Post a Comment