Bahasa Melambangkan Bangsa

Mungkin topik ini membosankan tapi cuba sesiapa yang baca renung-renungkan lah. "I U I U", apa kejadah korang cakap macam itu?? Orang putih ada guna "saya awak saya awak" ke?? Kalau hendak cakap bahasa inggeris cakap semua dalam inggeris jangan takat "I U I U" je.. anda tukar okay!! Baru-baru ini adik saya pasang lagu melayu tapi lirik lagu itu macam sampah, kenapa mereka boleh buat lagu sedemikian? Lagu melayu tapi separuh daripada lirik lagu itu bahasa inggeris dan separuh lagi bahasa melayu. Zaman dulu orang boleh popular dengan lagu melayu asli,kenapa kita tidak boleh. Kenapa sekarang mereka hendak campurkan melayu dengan inggeris? Bukankah kita diajar agar memartabatkan bahasa ibunda kita? Bahasa inggeris memang penting sekarang tetapi bahasa melayu tetap bahasa kebangsaan kita. Kalau kita sebagai bangsa melayu tidak mempraktikkan bahasa melayu dalam kehidupan seharian kita adakah anda fikir bangsa lain akan memartabatkan bahasa kita. Kita boleh belajar apa jua jenis bahasa yang ada di dunia ini akan tetapi bahasa ibunda kita adalah identiti kita. Sejak kecil lagi kita telah diajar berkata-kata dalam bahasa melayu, adakah dengan kewujudan bahasa asing kita sanggup melupakan bahasa kita serta mencemarkan identiti bahasa kita dengan mencipta lagu yang mengandungi unsur bahasa asing yang kemudiannya dicampur aduk dengan bahasa melayu. Oleh itu, kepada pencipta-pencipta lagu era moden ini saya menegaskan supaya anda jangan merosakkan bahasa anda sendiri. Sejuta lirik lagu anda cipta sedemikian tidak mungkin akan wujud lagu asing yang akan ada unsur kemelayuan.


Terima Kasih Baca Entry Aku, Like kalau Suka :p

3 comments:

  1. best.. entry kau, tapi aku trasa sgat.. sebab kdang2 aku guna jugak I U.. tapi aku guna sebab gurau sja n menganjing orang.. okay btw, ur blog memang terbaik.. oppssss, jgan mrah ar... skit jew tu..

    ReplyDelete
  2. btul tu... bat pe nk iu iu klu stakt bel pn dpt c+ jew... ewww 'i' benci la org mcm nie.. bajet hot jew.. yuckk... opssss... hahahahaha

    ReplyDelete
  3. edy: ko xpyh ui ui sgt la..hahaha
    2 ayt bdk hot je.hahahahaha "HOT" LA sgt!!!
    han yul lee: btol2 bel pon c+ bajet je
    takat kptm 2 "HOT" ke??? hahah
    kau aku sudah la ..haaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...