tak reti bersyukur ke??

Photobucket

Assalamualaikum,

     Lama juga aku tak update blog, al-maklum banyak benda 

nak diuruskan sejak kahwin ni, masa makan tengah hari tadi aku 

terlihat satu iklan yang ada Aaron Aziz pasal cetak rompak

Adanya lanun cetak rompak sebab banyak filem kurang 

bermutu,pada pendapat aku bukan semua filem yg dicetak rompak 

secara banyak. 

Kebanyak filem yang dicetak rompak secara banyak dan 

bagi keuntungan kepada lanun cetak rompak selalunya 

filem yang kurang kualiti dan yang paling banyak ditonton.


    Maksud aku filem yang tiada kualiti ialah filem yang jalan

cerita merapu serta banyak unsur-unsur yang tiada manfaat 

kepada penonton. Contoh filem lucah, filem hantu/seram, filem 

cinta, filem pasal mahkluk asing dll. Jarang kita dengar orang 

kecoh pasal filem dakwah yang dicetak rompak. Mmg ada orang 

cetak rompak filem/album yg ada unsur dakwah/kebaikan tp 

jarang dgr. 

Tujuan aku tulis artikel ini bukan nak sokong 

lanun cetak rompak tapi cuba korang ramai fikir kenapa 

benda yang ibarat sampah nak dicuri?? 

Sebab benda yang melalaikan serta merosakkan otak manusia tu 

LAH!! benda yang ramai berebut-rebut nak buat dan nak tengok.




           Sekarang ini benda yang tak berfaedah yang orang sibuk nak 

kejarkan. Apa yang mampu kita buat cuma nasihat golongan macam

ini, supaya mereka tak terus menerus rosakkan anak bangsa 

kita. Aku pun nk komen pd blogger yang nasihat org cara kasar, 

tak perlu lah kita nak guna bahasa kasar supaya mereka sedar.

Banyak lagi cara kita nak sampaikan msg pada mereka ini. 

Salah satu cara yg berkesan ialah melalui filem komedi.



Antara pelawak yg bagus aku tgk mcm kumpulan sepahtu, dorang 

selalu selit lawak + nasihat dalam jenaka dorang,

bukan dgn kata-kata merapu dan mimik muka yg tak 

senonoh/bangang[terkasar pulak] dorang melawak. Malaysia ni

pun byk jugak pelawak yg popular dgn mimik muka entah apa-apa.

Buat lawak balik-balik gaya yg sama, filem kat Malaysia

sikit-sikit pelakon sama. Kalau dari segi bakat, yg tak menang 

anugerah jauh lebih baik bila mereka berlakon.


Melalui filem pun kita boleh berdakwah sbnarnya. Jadi kepada 

filem yg dicetak rompak lebih baik anda perbaiki mutu filem 

anda daripada anda bising-bising filem anda kene rompak. 

Dlm dunia ni msti ada untung msti ada rugi,mmg dorang patut

BELAJAR AKAUN. 

Buat filem macam meniaga juga ada UNTUNG ada RUGI, jadi 

apa nak bising??

Sikit kita rugi[rezeki allah s.w.t tarik kita dah merungut.] 

Sepatutnya kita bersyukur dgn rezeki yg ada. 

BETUL TAK????



*terima kasih Allah


Terima Kasih Baca Entry Aku, Like kalau Suka :p

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket