spm

Photobucket

selamat malam, 
 isnin ini budak yg lahir tahun 1995 akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. 
Good luck kepada adik aku dan kepada semua yg sebaya adik aku. 
Aku Batch 2009 (SPM) lebih kurang tiga tahun lepas aku dah terlepas seksa itu. 
Tapi skrg pun masih ada final exam untuk diploma aku. 
Tapi perasaan menduduki spm tak sama mcm final exam. 
Aku lagi excited masa spm berbanding sekarang (final exam). 
aku dulu masa form 4 & 5 kelas aliran sains teknikal.
aku ambek 10 subjek :
1-bahasa malaysia
 2-bahasa inggeris 
3-matematik
 4-sejarah
 5-pendidikan islam 
6-tasawwur
 7-fizik 
8-kimia 
9-lukisan kejuteraan 
10-matematik tambahan
alhamdulillah masa form 5 aku masih dalam program tunas gemilang untuk sekolah masa mcm aku pmr dlu. program (PTG) ni budak pandai je join tau. 
aku masa sekolah mmg otak terbaik lah, skrg je cm karat dah. masa tu aku anta top 20 punya student. serius aku tak tipu. aku minat nak jadi arkitek tapi kan aku punya fizik tak credit tok smbung dkt U, 
lulus tu lulus tapi tak credit. aku ambek diploma perakaunan pun sbb mak aku suruh. 
kalau ada peluang aku nak melukis atas papan yg arkitek selalu guna tu. 
aku nak lukis pelan rumah aku sendiri. 
Nak kata terer tu tak lah sgt. Tapi Lukisan Kejuruteraan spm dulu A doe, hahaha 
serius masa tu zaman kegemilangan aku.
soalan paling aku suka kalau keluar time exam.            
soalan paling senang nak skor.
zaman sekolah, dan zaman belajar lukisan kejuruteraan satu pengalaman yg sgt seronok. aku nak melukis balik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ya allah bg aku 1 lagi peluang, aku janji tak sia-sia kan. insyallah.

rindu lah zaman sekolah, 
rindu nak jadi budak pandai, 
rindu nak jadi murid harapan sekolah.. 
serius rindu. harap sgt keluarga, org tersayang dan kawan-kawan
doakan aku supaya dpt kejar cita-cita aku. 
yang paling rindu nak 
belajar bahasa melayu dgn cikgu siti dgn belajar LK dgn cikgu mashitah dgn cikgu hillaliah. 
rindu dgn dorang sesangat. 
dan rindu jgk nak kene rotan dgn cikgu add math aku. mr Tan Chee Keong :)
maaf lah aku tak rindu kawan sekolah, harap maklum.

kepada adik-adik yg masih bersekolah, belajar baik-baik sbb spm tu penentu kerjaya kita nanti. jgn sibuk bercinta smpai pelajaran di lupakan. balas jasa ibu bapa dulu. kalau tak mampu cukup dgn menjaga hati mereka. jgn buat benda yg tak sepatutnya. sayang diri anda dan ibu bapa. Selagi mata kita celik kejar cita-cita dan belajar setinggi yg mungkin. sbb bukan mudah jadi org bawahan ni. Aku dah rasa jadi kuli mmg sakit. gaji sikit pastu penat pulak. kalau ada kerjaya yg bagus, korang jugak yg untung bukan aku. Jadi buat yg terbaik untuk spm ni!!! semoga berjaya.

Terima Kasih Baca Entry Aku, Like kalau Suka :p

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket