semester F.I.V.E

Asalammualaikum..
 Lama tak jenguk blog ni, al maklum sem 5 busy sikit *acah-acah. Sekarang masa untuk fikir nak buat apa cuti sem ni. Aku dah plan dgn TQ nak keje kat restaurant fast food. Tapi kita org risau kalau tak sama shift. HAHA Ala kalau tak sama shift nanti TQ rindu aku, aku rindu dia. HAHAHA 
 Itu semua masih dalam perancangan dan harap semua berjalan lancar. Hari ini nak story mory pasal kehidupan aku sepanjang sem 5. Okay sem ni aku ambek 6 paper wehh
 1)Far (financial accounting) 
2)Maf (Cost accounting)
 3)Mgt (Business management)
 4)Law (company law)
 5)Bel (english) 
6)Tax (Taxation)
 Paper yang killer bagi aku paper, Tax, Maf dgn Law. Sebenarnya mgt pun aku rasa killer sbb aku kalau subjek teori cam hampeh sikit, tapi alhamdulillah final exam aritu aku rasa boleh jawab.
Paper far aku rasa okay lah sbb aku dah second time ambek, entah macam mana aku boleh failed paper tu entah sem lps. Sem ni paper far okay lah jugak tapi aku tak letak harapan tinggi harap lulus je. Yang best sem ni paper bel, HAHA aku boleh kira dgn jari berapa kali aku dtg kelas. Malas gila dtg kelas madam rose ni, lagi-lagi belajar pasal fallacy.
 Memang stress bila kene buat esei fallacy masa cuti raya. Aku buat dua hari sebelum nak masuk kolej, mula-mula tak buat tapi bila fikir balik dgn TQ kata buat je, aku pon mcm taram je buat. Nasib baik madam bg markah jugak. HAHA Yang tak best kelas bel selalu ada presentation yg tak patut buat tp madam kata WAJIB. 
Dan kalau nak tahu madam rose cakap fully in english, kdg-kdg aku tak faham jugak tp buat-buat mcm faham je. Paper ni 30% je final balance dia markah assessment dgn attendance, attendance sure HANCUR. hihihi Paling syok masa forum, dah lah tak pandai ckp omputih pastu kene forum in english, tak tidur malam gara-gara nak hafal point. Kalau spontan mmg tak terbisu dekat depan. Nasib ahli semua Awesome (TQ, mira dgn Lia) akhirnya berjaya jgk habiskan forum.
 Not bad jgk lah.
Kemudian paper maf, aku suka maf sbb tiap kali maf semangat dtg. Kelas madam rosmawati beb. Tahu siapa mdm rosmawati?? (kita org panggil dia mama) *tapi belakang dia je. HAHA 
dia lecturer paling strict kalau pasal attendance. Aku dah lah pemalas mmg selalu kene aim lah kan. Masa sem 3 dia ajar aku far, masa tu pon aku mmg suka buat hal. Ada sekali dia ckp saya susah nak ingat nama student, ada certain je saya ingat *time tu muka dah bangga sbb dia ingat nama aku, sekali dia cakap "sayan ingat student yg suka buat masalah je". HAHAHAHAHA 
spoil jela mdam ni, JUJUR sesgt plk.. Tapi byk kali jgk lah aku tak dtg, sampai 1 ari dia tak terima alasan aku, Terus dpt surat cinta(warning letter) dari MAMA. Madam ni 30 minit pertama msti dia aku berborak ckp pasal attendance, pasal UiTM, Pasal validate, add drop, dan pasal kptm kl kadang-kadang, kalau kelas 8.00pg mesti dia bercakap hampir pukul 9.00. 
Tapi terima kasih madam sbb byk maklumat yg dpt dari dia sbnarnya, dia mmg ambek berat pasal semua student. Cuma kita kene fikir positif je cari dia tu, kdg-kdg tak suka jgk tp bila fikir balik ada betul apa dia ckp ;)
Paper law, hahaha paling aku benci dan paling aku malas nak pergi kelas, tp aku tak dpt warning letter pulak. hehehe mira cakap miss mengajar mcm google translate, hahaha tapi mmg betul. 
Dia bukan explain apa yg case ckp dia translate satu per satu.
Kalau dh google translate bahasa mesti belit-belit. Aku tak paham apa-apa sepanjang sem ni.
Final pun tak dpt spot, tahun sebelum ni paper law akan dpt spot, tp sem ni tak dpt. Dapat pun spot entah pape. Takde 1 pon yg keluar.
Aku cuma ready nak repeat je ni. alamat sem ni tak dpt naik kan pointer lah oiiii.
Taxation pulak madam siti khadijah yang ajar, mula-mula aku tak suka tp pertengahan sem aku rasa dia ni lawak lah. hehehe kelakar je gaya dia tu. 
Paper tax final aritu okay lah jgk, tak mcm maf, susah giler sbb dari 5 soalan bertukar kepada 7 soalan. Malam sebelum paper maf tu aku dgn tq dgn lia bersengkang mata tak tidur study maf, sekali masuk dewan dpt soalan yg mmg tak dijangka-jangka. sbb aku certain topik kami tak dpat cover semua. Makin lama makin susah semua paper, dah usaha dan cuba yg terbaik sekarang tinggal tawakal je. semoga dpt pemeriksa yg baik.
Dari kelas sampai ke final exam sudah lalui,
sekarang masa untuk rehatkan otak dan penatkan badan untuk cari duit pulak.
 Hidup ni mmg rehat sekejap je nanti kita mati baru lah namanya rehat selama-lamanya.
 Selagi ada tulang 4 kerat ni aku akan isi masa yg ada. Supaya aku tak jadi org yg suka buang masa *kadang-kadang ada jugak.
 SEKIAN.

Terima Kasih Baca Entry Aku, Like kalau Suka :p

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket